Selasa, 16 Februari 2016

Adaptasi dari Majalah MASTIKA (MESTI BACA)



Rujukan dari Majalah MASTIKA 2014 

PERMULAAN BAGAIMANA DAUN RERAMA HIJAU DIKENALI SEBAGAI HERBA TERULUNG DI MALAYSIA

LELAKI separuh abad berkaca mata itu tersenyum. Lantas dia mengeluarkan beberapa bungkusan plastik dari dalam beg sandangnya. Bungkusan berisi gugusan daun hijau itu diberi kepada Mastika. Daun itu kecil saja saiznya. Agak ganjil bentuk daun itu. la mempunyai dua kelopak di kiri kanan seperti rama-rama. Ini kali pertama Mastika lihat daun seperti ini. Lantas, soalan pertama diajukan kepada lelaki bernama Khamarul Rezan Lim Abdullah itu, daun apakah ini? “Saya sendiri tidak tau nama yang tepat untuk daun ini. Ada orang panggil ‘daun rerama’!” beritahunya.

Pernah Khamarul bawa daun ini untuk kajian makmal bagi mengenal pasti jenisnya. Tapi tiada jawapan tepat. Para penyelidik hanya mengatakan ia daun spesies ‘red butterfly wing’. “Mereka sendiri tidak pernah jumpa daun ini. Dalam internet pun yang ada cuma red butterfly berwarna merah, bukan jenis hijau ini,” jawab lelaki berusia 55 tahun ini. Yang menariknya, Khamarul menggelar daun ini sebagai ‘daun magik’. Sebab apa? Tunggu! Kita baca dulu kisah daun ajaib yang hendak disampaikan lelaki ini buat pembaca Mastika.

PADA tahun 2006, Khamarul berkunjung ke sebuah negara jiran untuk bertemu seorang rakannya. Ketika itu, si rakan menunjukkan kepadanya sebatang pokok di dalam pasu. Pokok itu kecil, hanya setinggi paras lutut. Yang membuat Khamarul tertarik hati bila melihat bentuk daunnya. Tak ubah seperti rama-rama. Jelas temannya itu, pokok itu sejenis herba yang amat mujarab merawat pelbagai penyakit, terutama kanser. Tetapi, ramai tidak tahu kerana pokok itu amat sukar ditemui. Kerana suka melihat bentuk daunnya, Khamarul bawa sedikit biji benih pokok itu pulang ke rumah untuk ditanam. Ketika itu, dia tidak percaya kata-kata rakannya. Dia sekadar menanam pokok itu sebagai salah satu tambahan koleksi tumbuhan di sekitar rumahnya.

“Suatu hari saya bertemu seorang rakan. Wajahnya murung kerana baru dapat tahu isterinya disahkan menghidap kanser payu dara,” cerita Khamarul. Lantas dia teringat kata-kata temannya yang memberi benih tersebut. Lalu dia hubungi rakan itu bertanyakan kaedah rawatan menggunakan daun itu. Rupanya mudah saja. Beberapa helai daun pokok itu dipetik dan direbus dengan air hingga mendidih. Air rebusan itulah terkandung penawarnya. Khamarul berikan daun itu untuk dicuba oleh isteri rakannya tadi. Dia sendiri tidak percaya khasiatnya. Sekadar salah satu ikhtiar yang boleh dicuba selain berdoa kepada yang Esa. Tak sampai dua bulan amalkan minum air daun ini, isteri rakan saya itu disahkan doktor bebas dari kanser. Saya sendiri terkejut sewaktu dikhabarkan berita itu. Dan saya masih sukar percaya!” tambah Khamarul lagi.

Kemudian, Khamarul cubakan lagi khasiat daun itu pada anak seorang lagi rakannya yang juga menghidap penyakit sama. Payu daranya sudah bengkak, merah bagai udang kena bakar. Hasilnya, dalam masa dua minggu, bengkak mulai surut. Beberapa bulan kemudian, anak rakannya itu disahkan bebas daripada kanser. Tapi, Khamarul masih belum berpuas hati. Dia berikan daun itu untuk dicuba oleh beberapa orang pesakit kanser lain. Kebanyakannya golongan wanita yang berperang dengan kanser payu dara. Alhamdulillah, kesemuanya menunjukkan perubahan positif dan ramai yang sudah bebas daripada kanser pembunuh itu.

“Ada seorang wanita minta tolong saya rawat anaknya berusia empat tahun yang ada ketumbuhan dalam otak. Budak itu hanya mampu terbaring, tubuhnya sangat lemah. Saya kata pada wanita itu, kita sekadar cuba. Hasilnya, saya sendiri tak tahu. Saya bekalkan stok daun itu untuk anaknya. Tak sampai dua bulan kemudian, wanita itu beritahu anaknya sudah boleh berlari. Dan hasil pemeriksaan mendapati ketumbuhannya kian mengecut,” beritahu Khamarul terus bercerita tentang khasiat daun magiknya itu.

Pernah juga pesakit kencing manis yang kakinya sudah luka dan busuk datang minta bantuan Khamarul. Ditumbuknya daun rama-rama tersebut lalu dilumurkan pada bahagian luka. la dilakukan setiap hari hingga luka pesakit itu sembuh dan daging baru mula tumbuh. Oleh sebab takjub dengan khasiat daun itu, Khamarul sanggup keluarkan wang sendiri. Dia menghantar daun itu untuk pelbagai ujian makmal. Dan lelaki ini terfana bila dapat tahu dalam daun ini terkandung 13 bahan kimia berguna yang digunakan dalam pelbagai jenis penghasilan ubat-ubatan di seluruh dunia, termasuk produk kosmetik.
Dan salah satu sifat kimia yang terkandung dalam daun itu berfungsi untuk mematikan aktiviti kuman dan menumbuhkan sel baru. Khamarul lebihkan usahanya dengan melakukan pelbagai kajian dan ujian, terutama terhadap pesakit yang mencuba khasiat daun itu. “Saya keluarkan wang sendiri untuk bawa pesakit jalani makmal. Saya mahu ada bukti hitam putih. Tak mahu dikata sebagai penipu dan sengaja mengadakan cerita.

“Walaupun sudah banyak wang saya habis, tapi saya tak kisah. Yang penting, saya ada penjelasan hitam putih sebagai bukti. Bukan sekadar omong kosong,” tegas bunyinya sambil Khamarul menunjukkan segala surat kajian makmal dalam simpanannya. Memang bagus daun magik ini. la diakui melalui kajian rnakmal. Banyak khasiatnya. Tapi, Khamarul sedih. Kecewa. Kerana itu dia sanggup datang dari rumahnya di Kedah untuk bertemu Mastika.

Kenapa Khamarul? Cuba cerita sikit. “Saya nak tolong pesakit AIDS. Tapi, tak dibenarkan. Saya kecewa!” perlahan nadanya menjawab. Khamarul menceritakan, dia telah cuba khasiat herba ini pada beberapa orang pesakil AIDS. Hasilnya positif. Tahap kuman pesakit yang sebelum itu berpuluh ribu bacaannya turun drastik selepas pesakit itu minum air daun magiknya. Tahap antibodi juga meningkat dan fizikal juga kian sembuh.
“Bukan reka cerita tapi saya sediakan semua bukti ujian perubahan pesakit. Saya sangka sudah berjaya temui penawar AIDS. Dapatlah bantu pesakit golongan ini tapi...” Khamarul terdiam seketika. Sambungnya, bukti ujian dan kajiannya itu dibawa ke persatuan dan agensi yang terlibat. Apa respons yang Khamarul terima? “Mereka ketawakan saya. Mana mungkin daun kecil ini boleh jadi penawar. Dalam nada menyindir, mereka bertanya semula, AIDS ada ubat ke? Bantuan yang mahu saya hulur mereka tolak mentah-mentah. Bukti yang saya tunjukkan sedikit pun tidak dipandang.

“Saya hanya pinta mereka mencubanya dahulu. Tak salah untuk kita mencuba, kan? Para saintis yang mencipta ubat pun terpaksa mencuba berulang kali sebelum menemui sesuatu penawar. Jadi, apa salahnya mencuba? Dalam al-Quran pun disebut, setiap penyakit ada penawarnyar!” jelas Khamarul.
Hmm... betul juga kata Khamarul itu. Sama juga dengan pesakit Sistem Lupus Erithematosus (SLE). Penyakit ini pun tiada penawar. Khamarul cuba tawarkan bantuan. Pun sama, usahanya ditolak mentah-mentah walaupun dia tunjukkan bukti positif pesakit SLE yang pernah cuba kaedah semula jadinya itu.
Pelik juga Mastika. Kenapa usaha Khamarul dipandang sepi tanpa mencubanya terlebih dahulu.Takkan sebab karenah birokrasi pula? Maklumlah, pesakit AIDS dan SLE ada mendapat peruntukan khas. Adakah pihak tertentu takut peruntukan itu hilang kalau penawar penyakit ini ditemui? ltu Mastika tak berani nak jawab! Kalau betul daun magik Khamarul tak bagus, kenapa begitu ramai yang minta pokok dan anak benihnya? Malah, sudah acap kali juga pokok yang ditanam di kawasan rumahnya dicuri orang. Ada doktor yang turut kagum dengan khasiat daun ini. Diminta Khamarul bekalkan untuk pesakit di sebuah hospital. Tapi, tak lama. Sekejap saja habis. Khamarul tak dapat bekalkan daun itu semula. Sebabnya? Daun itu mengambiI masa tiga bulan untuk tumbuh semula setelah dipetik.

“Inilah yang saya tak faham. Bila saya nak hulur bantuan, mereka tak mahu. Tapi, mereka minta anak pokok itu. Maaflah, itu saya tak boleh bagi. Nampak sangat ada kepentingan lain. Pokok itu hak saya. Saya yang tanam, saya yang jaga. Kalau saya nak keuntungan, lama dah saya buat. Beberapa tawaran syarikat besar termasuk dari luar negara menanti mahu mengkomersialkan daun ini. Tapi, saya tak mahu. Kalau mahukan penawar, saya akan beri. Tapi, bukan pinta pokoknya! Semuanya dengan izin Allah. Niat saya nak tolong, tapi mereka yang tak mahu!” Tak mengapa Khamarul. Kalau mereka tak hendak, ramai lagi orang di luar sana yang mahu. Teruskan dengan usaha murni anda. Semoga ramai orang boleh mendapat khasiat dari daun magik anda ini. Jika pembaca ingin mencuba daun magik ini, boleh hubungi 019-5318905 (Tengah & Selatan Semenanjung Malaysia) atau 019-9708758 (Timur & Utara Semenanjung Malaysia). Untuk Sabah & Sarawak, anda boleh menghubungi kedua-dua nombor di atas.

Daun Rerama





Contoh Imej Daun Rerama Hijau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Saya Hafzan, merupakan Pembekal asal @ asli Daun Rerama Hijau Seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.

Herba kami dijamin 100% ASLI dan bergred AAA+++, HALAL, TIADA PENGAWET & PEWARNA, dan SEGAR DARI LADANG.

Mengikut kajian terkini yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Daun Rerama Hijau memiliki cici-ciri ANTI-KANSER. Selain itu,daun ini mempunyai 13 jenis sebatian MISTERI yang boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :

 Semua Jenis Kanser
 SLE
 Thyroid
 Leukimia
 Darah Tinggi
 Kencing Manis
 Kolestrol / Asid Urid
 Gout
 Buasir
 Masalah Berkaitan Saraf
 Masalah Berkaitan Darah
 Stroke
 Senggugup
 Asma
 Migrain
 Resdung
 Demam Campak
 TB
 Denggi
 Masalah Usus
 Gastrik
 Masalah Sendi
 HIV / AIDS
 Angin Dalam Badan
 Dan Banyak Lagi (JUGA SESUAI UNTUK SUPPLIMENT)

Walau bagaimanapun,Daun Rerama ini adalah tidak sesuai untuk golongan di bawah ini:

IBU MENGANDUNG
BUAH PINGGANG DIALISIS
PARU-PARU BERAIR
KANAK-KANAK USIA 3 TAHUN & KE BAWAH

Selain dari empat golongan di atas adalah boleh untuk mengamalkannya..... 

Cara-cara menggunakannya :

1- Sukat air minuman sebanyak 1 liter





2 - Ambil secubit Daun Rerama Hijau berserta ranting & akar (-+2 gram) 


3 - Rebuskan air campuran tadi selama 3-5 minit ( Sehingga warna air rebusan tadi bertukar KEKUNINGAN)


4 - Air Ajaib ini sedia untuk diminum


INFO.......

Kenapa pentingnya meminum Air Rebusan Rerama ASLI ? Kenapa Bukan TEH / KOPI @ Campuran perisa lain?

# Daun Rerama sahaja LEBIH ASLI
# KHASIAT 100% DIKEKALKAN
# Kesan LEBIH PANTAS
# Kos yang RENDAH dapat dikekalkan


 Artikel Mengenai Daun Rerama Hijau








Testimoni Pengguna Daun Rerama Hijau











HARGA

Trial Pack (Pek Percubaan)
Berat bersih : 15 gram
Anggaran penggunaan : 2 minggu (Jika digunakan setiap hari 3 kali sehari)
Tarikh Luput : 6 bulan dari tarikh order 
RM 30


Normal Pack (Pek Biasa)
Berat bersih : 30 gram
Anggaran penggunaan : 4 minggu (Jika digunakan setiap hari 3 kali sehari)
Tarikh Luput : 6 bulan dari tarikh order 
RM 50

Segala pertanyaan lanjut boleh hubungi:
En Anaz ;
019-5318905
( Tengah & Selatan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak )

En Hafzan;
019-9708758
( Utara & Timur Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak )


Call / SMS / Whatsapp

Pengedar dan Dropship dialu-alukan.